Air apakah yang tidak akan beku?
Perkataan apakah yang dieja salah di dalam kamus?
Apakah yang perlu dipecahkan terlebih dahulu sebelum boleh digunakan?
Kamu balingnya bila ingin digunakan, dan tariknya bila selesai digunakan?
JAWAPAN
- Amerika Syarikat
- Air panas
- Salah
- Telur
- Sauh
Ia boleh pecah tanpa disentuh?
- Janji.
Saya boleh tengok, tetapi awak tidak boleh?
- Belakang awak.
Mempunyai 6 kaki, tetapi berjalan dengan 4 kaki?
- Penunggang kuda.
Pokok di atas bukit, daun di dalam air. Apa dia?
- Teh.
Buah apa tidak boleh dilihat, mahupun dimakan?
- Buah fikiran.
Diberikan untuk kita, tetapi lebih banyak digunakan orang lain?
- Nama.
Dia hidup di udara, darat, dan air. Siapakah dia?
- Burung raja udang.
Bila turun lambat, tapi bila naik cepat. Apa dia?
- Hingus.
Mempunyai 8 kaki dan boleh terbang?
- 4 ekor burung.
Kenapa anak babi jalan tunduk?
- Kerana malu ibunya seekor babi.
Kenapa anak kancil kalau jalan, melompat-lompat?
- Kerana ibunya bukan seekor babi.
Kenapa superman pakai baju ada huruf 'S'?
- Kerana kalau pakai 'M' atau 'XL' nanti longgar
Buka baju, pakai bedak, terjun kolam... Apakah ia?
- Pisang goreng.
Katak diterbalikkan jadi katak..kopi di terbalikkan jadi....?
- Tumpah la.
Sungai apa paling tajam?
- Dungai Lembing.
Dalam bebanyak orang.. orang apa tak kawin?
- Orang utan.
Ikan apa yg miskin?
- Ikan kering.
Kenapa doktor bedah pakai topeng untuk tutup mulut dan hidung?
- Kalau dia tutup mata nanti tak nampak nak menjalankan pembedahan.
Jalan Ampang, bengkok di mana?
- Di Thailand.
Dia ada bulu, isi, dan batang, apakah ia?
- Jagung.
Bintang apa paling dekat dengan bumi?
- Bintang tiga.
Kenapa Superman tak kahwin dengan wonderwoman?
- Kerana bukan jodoh.
Tembak lantai kena hidung?
- Kentut.
Pohon apa paling banyak di hari lebaran?
- Pohon maaf zahir dan batin.
Besar, putih, bersayap, serta masin. Apakah itu?
- Kapal terbang jatuh dalam laut.
Saya ada 5 biji epal, kamu minta 1, berapa yang tinggal?
- Tinggal 5 sebab saya tak kasi pada kamu.
Ada 7 ekor burung, 3 ekor ditembak, berapa yang lari?
- Tiada, sebab burung terbang.
Ada tak betik yang bahaya kalau di makan?
- Ada, kalau di makan di tengah-tengah jalan.
Bagaimanakah cara untuk melipat gandakan wang dengan cepat?
- Letak di depan cermin.
Antara lelaki dan perempuan, yang mana lebih banyak bercakap?
- Perempuan, sebab mereka ada dua mulut, sedangkan lelaki ada dua kepala.
Bagaimana ada seorang pemandu dapat memandu tanpa melanggar kucing di tengah jalan sedangkan lampu kereta ditutup dan hari hujan?
- Kerana dia memandu waktu tengahari.
Banyak-banyak kera, kera apa yang pandai menaip?
- Kerani.
Ali bin Abu, lembu bin apa?
- lembu binATANG.
Bagaimana nak bezakan ikan betina ngan ikan jantan?
- Ikan betina - ikan duyung, ikan jantan - ikan bakar, mana ada pompuan nama BAKAR.
Lembu apa ada sembilan kaki?
- Lembu kat kaki lima.
Sebelum masuk ia keras, selepas masuk ia lembik dan melekit. Apa dia?
- Gula-gula getah.
Antara lelaki dan perempuan, yang mana lebih kuat?
- Perempuan. (Sebab perempuan bawa dua buah gunung, sedangkan lelaki hanya bawa dua biji telur)
Kalau kita kehilanganya, kita sendiri tak boleh cari?
- Hilang akal.
Kuda apa, kita tak nampak dia, tetapi dia nampak kita.
- Kuda menyorok.
Dia berdiri, tetapi dia kata dia sedang duduk. Siapakah dia?
- Dia penipu.
Kuih apa yang pembungkusnya di dalam, isinya di luar?
Kuih salah bikin
Sel apa yang berada kat luar badan?
- Seluar.
Apabila ditarik, yang berada diatas gembira, tetapi yang berada di bawah merana. Apakah itu?
- Memancing.
Yang membuat tidak memerlukanya, yang membeli tidak memakainya, dan yang memakai tidak memesanya. Apa itu?
- Batu Nisan.
Teka Teki Bergambar
Berapa banyakkah muka yang boleh anda jumpai di dalam gambar di bawah ini?

Jawapannya tengok 2 gambar kat bawah nie

No comments:
Post a Comment