Thursday 30 October 2014

Kembalinya Kehidupan Sempurna

Alhamdulillah...

Pelbagai dugaan aku telah hadapi... Setelah aku bergelut dalam mencari rezeki dengan pelbagai pekerjaan. Aku diberikan peluang oleh Allah S.W.T. dengan berkhidmat di Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah Kuala Kangsar.

Apa yang menarik, jika di KPTM Ipoh ak sbgai Pelayan Perpustakaan. Di sini aku berkhidmat sebagai Pembantu Perpustakaan. Alhamdulillah.

Rezeki anak yang tidak terduga dariNya.
Aku kembali menikmati kehidupan yang teratur. Memiliki kembali ruang masa yang ideal untuk bersama keluarga.

Anak aku sudah 2 orang. Yang pertama Dhia Ariana umurnya 2 tahun 4 bulan dan adiknya Armand Nawfal umur 1 tahun 22 hari.

Aku gembira bersama isteri dan keluarga aku. Hari minggu dapat ku tatap wajah ke 2 ibu bapa ku. Manakala isteriku dapat lihat ibubapanya setiap hari sebab kami tinggal sekali. Dan dah tentu yang paling penting ibubapa mertua ku dapat lihat cucu mereka setiap harikan.

Di tempat kerja baruku ini..aku memiliki beberapa orang sahabat yang sememangnya setiakawan. Insyaallah aku akan jaga persahabatan aku dengan mereka ini.

Yang paling penting, keinginan aku untuk sambung belajar dah tercapai. Aku ambil jurusan Diploma Pentadbiran Awam di Shah Alam. sekarang dah habis Semester 1. Kenapa aku ambil dekat Shah Alam? sebab aku suka ride motor jejauh. Masih lagi sama seperti aku kerja di Tasik Pedu Kedah dulu. Setiap minggu balik naik motor.Tengah tunggu result. Terima kasih isteriku dan keluarga kerana memberikan sokongan pada aku.

Motor LC aku meragam, akhirnya aku swap je dengan kawan aku apis pisang motor dia Suzuki FXR 150. dia nak motor ada raga aku pula nak motor laju sket atas highway. So dah 2 2 suka deal terus tukar tanpa ada masalah.

Minggu depan aku akan ke kursus BTN di Pulau Pinang. Alhamdulillah

Baru 3 hari lepas, aku bru create 1 blog baru. bikerzmalaya.blogspot.com untuk mereka yang cintakan dunia motorsikal.

OKlah...xda apa sangat lagi aku nak update. Cukup buat sementara ini,

No comments: