Cinta Arikasyah


Assalamualaikum w.r.t

Bagiku cinta tiada ibaratnya..tiada tolok bandingnya..ternyata anugerah yang dikurniakan oleh Allah kepada setiap makhluk atas muka bumi ini untuk merasai apa itu CINTA...Aku bukanlah seorang lelaki yang mementingkan EGO untuk elakkan merasai kenikmatan CINTA. Alhamdulillah aku mampu merasai dan memiliki rasa CINTA ini..

Tercipta memori indah antara aku dan dia, seorang gadis yang sangat cantik..sangat indah..sangat berharga untuk diriku..Bagiku cinta aku padanya sangat-sangat hebat. Aku sentiasa inginkan yang terbaik untuk dia. Lumrah..jika ada tikanya kita terluka dan kecewa..Dugaan kehidupan aku jadikan sebagai 1 cabaran untuk kuatkan rasa cinta aku pada dia.

Pada tika aku mencoretkan rasa ini, hatiku amat-amat tenang dan aku teramat merindui gadis itu. Baru semalam ku berjumpa dengannya. Walau ada sedikit perselisihan faham, aku kuatkan hati untuk CINTA aku.
Di satu sudut hati aku,  aku berharap dia merasai apa yang ku rasai sekarang. Rangkaian cinta dua hati walau tanpa disedari.

Aku akui..aku bukanlah yang terbaik untuk dia. Aku akui aku bukanlah antara lelaki yang tergolong dalam lelaki yang dia idamkan. Kerna dulu pernah dia katakan bahawa menyesal bersamaku. Tapi itu dulu...sekarang??? Masa yang menentukan kasihnya pada aku.

Aku ingin coretkan kembali memori-memori laluku agar dapat aku tersenyum jika membacanya kembali.

PART I

6.30 ptg, Rabu, Julai 2001.

Ketika aku melangkah melalui makmal sekolah, aku menoleh ke belakang dan terlihat sepasang mata yang menawan hati kalbu ku dan aku bagaikan terbang sejenak dek senyuman nya yang menawan. Terdetik hatiku tertanya-tanya siapakah gadis itu, walaupun pada ketika itu pipinya agak tembam ( ops! ) tapi dihatiku mengatakan dia lah gadis pilihan hatiku. Aku ketika itu hanya mampu melihat dan senyum padanya dan terus melihatnya ke arah basikal. Aku cuba mengekori, tapi selepas masuk 1 persimpangan dia dah hilang. Yang pasti aku sememangnya dibuai oleh rasa cinta yang sangat-sangat pada dia. Esoknya aku terus mencari-cari di mana dia. Oh cinta memang gila, rasa lega dapat melihat dia ketika berbaris untuk masuk ke kelas masing-masing selepas perhimpunan.

Sebelum aku berkenalan dengannya aku mempunyai seorang adik angkat bernama Faezah. Melalui Faezah aku mula menyiasat siapa gadis itu. Akhirnya aku dapat tahu dia anak kepada pegawai tinggi polis, dan ibunya adalah seorang guru di sekolah aku belajar. Oh tidak...agak hebat pilihan aku ini. Mahu ke dia pandang diriku yang serba biasa ini. Aku tak putus semangat, sebaliknya aku berusaha untuk mendapatkan nombor telefon rumahnya. Melalui Faezah juga aku dapat nombor rumah gadis itu. Akhirnya aku dapat tahu siapa nama dia.

FARAHAIDA BT AHMAD RABAWI.


nama yang pasti akan tersemat di hatiku sampai akhir hayat. Kemudian, aku mula mengutus surat pertama aku pada dia. Almaklumla, zaman belum pakai telefon bimbit lagi. Melalui suratlah aku mengoratnya. Surat aku disampaikan melalui kawan gadis itu. Aku siap minta tolong sampai kan salam pada gadis itu. Tak aku lupa kawannya nama Fazreana.
Tapi agak tak bernasib baik waktu tu, ada spotcheck pula. Surat aku boleh pula kantoi dengan cikgu disiplin, oh tidak. Aku pada waktu itu adalah antara pelajar yang berdisplin, agak memalukan bila surat aku dibaca dihadapan pengawas-pengawas. Oh tidak lagi..Ape pon xboleh.
So cikgu displin waktu itu ialah Cikgu Koh & Cikgu Aziz, aku dan fara dipanggil ke bengkel kemahiran hidup. Jadi waktu itu, fara menangis. Aku pula jadi serba salah, sebab surat cinta aku yang pertama dah kantoi. Nak tahu jawapan dia suka aku atau tidak je.Arh, waktu tu aku fikir mesti dah kena reject aku dengan gadis tu. Selepas habis, aku keluar dan fara pun keluar juga. Buat kali pertama, aku bercakap dengan dia.
"fara, azad minta maaf ye. tak sangka pula boleh kantoi macam ni."
kemudian aku tanya dia lagi " fara, jadi jawapan fara apa ye? suka azad x?"
jawabnya "ye suka " wuhuuu...time tu Tuhan saja yang tahu betapa gembiranya aku.wah2..happy nya aku. Bermula lah detik kami berhubung lebih lagi, bertukar2 surat, bagi biodata pe segalanya lah.Hehe.ada lagi aku simpan biodata dia. Ingat lagi aku nak buat biodata punya la susah, hobi, makanan kegemaran minuman..haha.lawak plak..Yang pasti mesti kena ingat tarikh lahir.hehe.

Hadiah hari lahir pertama aku berikan pada dia adalah seutas jam tangan. walaupun RM15..siap bagitahu. Tapi aku kayuh basikal 10km. Teruja sangat nak bagi hadiah pada dia waktu. Apapun sanggupkan.hehe.

Antara lain hadiah music box,bear,n..apa lagi aku tak berapa ingat. Tapi bagi aku jam aku beri tu ak rasa paling ikhlas dalam hidup aku.

Part 2

Fuh sekian lama, agak sukar aku nak sambung telenovela aku nih..hehe.. Apapun tq pada yg still nak tau lagi pasal Cinta Arikasyah nih. Orait. Sambung balik cerita aku dulu ketika zaman persekolahan.

Pernah pada satu hari cuti sekolah, aku dan si dia pergi berdating kat kawasan sekolah setelah selesai program KOKU. Aku dengan si dia dan kawan aku Haizat dengan gf nya waktu tu. Tengah dok punya syok sembang2. Tiba2 aku terpandang 1 susuk tubuh yang buat aku cuak gila2. ALAMAK!!! mama!!!ops..aku panggil CIKGU lagi time tuh.. ( CIKGU ni mama kepada Si dia nih) ..waduh..mana aku nak lari nih..ak terus naik tangga pergi kat Haizat. "weh haizat...mampus kita weh..mak dia datang la beb!" Haizat plak dengan selamber "apa lagi kita nyorok2 la!" ..so aku dengan haizat lari belakang2 kelas.FUH!!! mak dia cari lagi arr..waduh2..tibe2 ntah apa yg datang rasuk ak bagi jadi berani lebih plak..dengan kiutnya aku keluar dari celah2 kelas g kat mak dia. " Cikgu..saya minta maaf...." so dengan mata CIKGU bersinar2 tajam..aku punya gabra..n tengok si dia da menangis kat belakang mak dia.aiyo2..sian nya si gadis itu..maaf..lebih baik mengaku dari lari mcm tu saja kan..;) so..tanpa hilang penat lari2 td..CIKGU terus memberikan ceramah2 motivasi untuk aku belajar hingga berjaya ke puncak menara gading...wuyoo..MENARA ALOR SETAR boleh la panjat...hehehehehe...so pas tuh..terus si gadis balik dengan mamanya...dengan gaya stylo n romantik gila gila gila aku bubye si gadis itu..sob3....tacing gila..hahaha..tp sempoi ar..mana2 la..hehe..

Part 3

Hari terus berlalu..percintaan kami terus berlanjutan..sehinggalah aku habis PMR n naik form 4.. masa form 3 aku nih skema gila2 beb..kayuh beskal kaki rapat rambut belah tengah jadi ketua kelas plak tuh..wuyoo..stylo.hehe..so PMR aku dapat la 4A3B1C..jadik la kan..so ntah cam ne ak leh Xcited sngt nak g masuk sekolah teknik kat seri iskandar bota tuh..arh....So dgn semangat kobar2 nak panjat menara gading aku g la SMT tuh..so perubahan hidup secara mendadak berlaku pada aku.. Serius weh..2 minggu aku kat sana..wa nangis wo ingat kat si gadis nih...hahahaha..lawak2..siap mtk ma father tolong adjust nak tukar sekolah..Tapi bila difikirkan balik banyak modal dah ibu bapa aku kuarkan utk aku belajar smpai sini. Tapi itulah..ketidakmatangan aku ketika kat sana n xpandai bawa diri buat aku hancur. kat sekolah ni la dok kat asrama buat aku dr skema gila2 dah jadi sorang yg agak nakal la..aku xpenah botak..tibe2 botak.ha3..cam alien dowh...xisap rokok..tibe2 isap rokok..ha3..dah isap rokok naik jd senior jd TOKAN rokok plak..ha3..ada time tokan COKI2 jek..hehe..apapun..kenangan kat sana ngan kawan2 memang best lah..miss u all my bro...dalam 2 tahun aku kat sana.aku akui aku sangat2 merindui si dia..n macam biasa disebabkan aku nih femes sangat2 kat sekolah tuh..byk la awek2 suka kat aku..ha4..jangan gelak plak..geli2 je yer..hehe.xdela ramai sikit2 je..tp buleh la kira ada..TETAPI..ada 1 perkara xkan aku lupakan..aku bawa gambar si gadis aku nih..tayang kat kengkawan aku..ha3..siap kadang2 letak kat bawah meja kat kelas..n buat2 jatuh la bg awek2 lain nampak betapa cun nya si gadis aku nih.cam bengong ja..tp romantik x aku..haha...xkisahla itu..n untuk pengetahuan mu si gadis..sememangnya dalam hatiku cuma ada kamu n kepastianku kamu adalah cinta pertama dan terakhirku amat kuat..usah sekali kamu meragui cinta ku padamu..tiada gadis lain dapat menggantikan mu..hanya dirimu..hanya dirimu gadisku..

Part 4

Tamat persekolah aku di SMT..tiba masa aku kembali tinggal di Ulu Kinta dimana bermulanya kisah cinta antara aku dan dia. Fuh..dah 3 tahun aku dan si dia bersama. Tamat saja persekolahan..sementara menunggu keputusan peperiksaan SPM..aku bekerja di Pizza Hut Ipoh Garden bahagian Kitchen selama 2 bulan. terus bekerja di Kilang papan Monex Timber bercham 2 bulan. Dalam waktu tu..Si gadis sedang belajar di  SMT Leboh Cator Ipoh. tak sempat aku ceritakan pada part 3. So sepanjang aku bekerja aku ada beberapa kali hantar dia ke sekolah naik motor. Nak tunjuk dia dah ada bf. Sampai skunx, aku still panas bila si gadis cakap pernah org bagi bunga kat dia n pernah ada lelaki pegang tangan dia selamber je. memang &*&* la mamat tuh. Sepak tengkuk 40x baru tau sapa jantan. Selamber je &*^&^* dia ..huish2..ni teringat pon da PANAS nih..hehe..tp aku kan relax..relakx..relaksss..Orait sambung blik..so lepas tu..aku ke Johor Bharu kerja kat sana 2 bulan juga..kemudian balik balik ipoh masuk kilang papan tu balik..hahaha..masa ni aku jadi jahat balik la..dah mula rempit2..haha..rambut kaler2 sket..pernah la aku merasa hisap DAM nih..wa kasi tau..tp wa mau cakap la..talak bagus hisap taik2 setan nih..tarak untung woo..aku hisap time tu pon sebab tngok membe aku wat kerja tarak ingat punya power..so wa try la..hehe..tp nasihat aku..dont ever ever ever CUBA DADAH ok..JANGAN!!!...aku dah tengok betapa peritnya sorang ibu melihat anaknya kena tangkap n digari.so JANGAN!!!..ok sambung blik..aku hisap nasib baik xketagih sangat..so dapat la ak stop. Kemudian masuk bab cinta..mula la goyah2 sket..yer la..aku dah jahat2 sket..tibe2 leh lekat ada MYSPACE plak..haha..mula2 haram apa aku xpaham dengan mespes nih..tengok2 ade banyak awek seh..ler..apa lagi..layan xsangka2 la..tp tu la..yang pelik tuh..aku leh plak letak gambar si gadis dalam mespes aku n cakap aku nih ada gf dah..ahaha..xpandai aku ni curang2..so aku dapat la result SPM..ish2..teruk SPM 1A je..haha..BM..seb bek..so aku dapat politeknik ungku omar.sijil mekanikal..hurm..lari la dengan apa aku belajar kat teknik dulu..dulu men tanah2..skunx besi plak..memang xmasuk..so..1 sem je aku kat poli tuh..kena repeat paper terus benti cem gitu jerk..haha3..bab cinta plak..si gadis aku dapat Cosmopoint dah waktu tuh..so aku ingat lagi..masa ak berhenti poli aku jumpa dia kat asrama dia..so aku lari g kedah seminggu..dasat2..haha..tertekan punya pasal...nek moto ade lesen L je dengan moto 125 xde sidemirror n sket2 modi..klo jpj ade memg sangkut la aku..so xda masalah..aku sampai sana dengan LAJUNYA..
Lepas je aku benti poli..aku masuk balik kilang papan ...ahaha..kali ke 3 dah..yeah...ak syok keje sini..sebab bertambah2 hebat aku merempit..hahahaha..
PRENGGGGGGGGGG!!!!!! DUM!!!! 1 pagi yang indah..angin sejuk2 ke tulang sum2..aku dihentam oleh kereta saga aeroback masa nak g kerja..hahaha...so remuk jua la motor ku n ku dibawa ke klinik Tnjung.kena cocok n sapu2 ubat je..sape tngok moto aku mesti ingat aku da mampus..tp tu la kuasa Allah..Aku diberi peluang untuk teruskan kehidupan..andai masa jatuh tu ade kete dari arah bertentangan kecai la badan aku nih. so...KROHHHH>>>KROHHH>>>KROHHH...aku dok umah seminggu..

Part 5

kringggggggggggg!!!!!kringggg!!!
aik no public mana plak kol aku..dengan gaya muka sakit aku jawab tepon

aku "halu..."
org tu " halo. Assalamualaikum...ini En Mohd Syahzada Azad Bin Sanusi ke?"
aku " yer...kenapa?"
org tu " ada datang interview di Kolej Poly Tech Mara 2 minggu lepas kan?"
aku " yer saya..."
org tu " dimaklumkan bahawa awak berjaya mendapatkan jawatan itu"
aku " ok.."
org tu " aik! xgembira ke??cam xhappy je.."
aku " ha3...td tergamam sket..tq2..happy gila2 nih"

yes!!!bermula lah hidup baru aku..dengan semangat jitu..aku bgtahu si gadis..aku dapat kerja baru n leh jamin kehidupan kami berdua..Aku kelam kabut cari pakaian apa harus aku pakai untuk hari pertama kerja.hurm.

Part 6

9 April 2007..ingat lagi tarikh nih aku mulakan hari pertama ku ke tmpt kerja baru..dengan gaya smart nek 125 aku..fuh stylo mat rempit nih..haha..Pakaian pertama aku hari tu..Kasut polis bapak aku..seluar polis bapak aku..baju putih ntah xputih pon..kuning2 je..dengan pakai tie lagi..ha3..fuh..gabra2.dah setel2 kat office..aku naik kat tpt kerja aku..perh!!!ada komputer!!!alamak ada printer mesin potostat lagi..aku xreti nak PRINT!!!!..alamak cam ne nih..so tq Kak Milah n En lukman yang bnyak membantu aku gunakan komputer..hehe...sampai la skunx aku mampu menaip panjang2 n buat blog n website segala pesbuk lagi..hahaha..website tu aku tq sngt2 pada Afzam...n Shazlie plak byk ajar aku pasal fotografi n editing..fuh..dengan buku2 tpt aku kerja brsepah2 pasal multimedia..so terer la sket2 aku pasal semua nih..3 tahun lebih aku kerja situ..

Dalam 3 tahun lebih.. macam2 ragam juga dalam cinta aku..sudah capai 6 tahun pada 2007 n 9 tahun pada 2010..Banyak tempat yang kami cipta kenangan bersama...aku banyak cipta lagu berkaitan dengan cinta aku..banyak tempat aku kunjungi bersama si dia..setiap hari kami bersama..dan sememangnya sangat indah..n sangat2 le MASAM bila gaduh!hahaha...

Part 7

1.9.2010..aku berhijrah ke Negeri Kedah Darul Aman tanah tumpahnya darahku. Di sini bermula kehidupan aku yang baru. tak aku sangka..sebulan aku kerja di sini. pada 10.10.10 aku dan si dia mengikat tali PERTUNANGAN. tempoh selama 1 tahun. Fuh..kena kumpul duit woo..tahun depan da nak kawin..pulun punya la xsangka2 aku nih..byk duit nak pakai tuh.. so..aku kerja dengan penuh keyakinan n kegembiraan supaya aku xrasa letih kerja..kerja sebagai Pereka Grafik dengan abg n kakak aku lebih berbaloi..sebab aku berusaha utk ahli keluarga aku juga..n rezeki abg aku melimpah2 n aku xkekok utk buat segala arahan yang dia berikan asalkan keuntungan sama2 dirasai. 3 4 bulan aku kerja kerja aku berkembang ke bahagian perikanan plak. Aku masuk hutan kerja lasak sket kali ni jumpa org sana sini. N aku rasa best n syok sngt2..Yang penting tiap minggu aku leh balik ipoh jumpa si dia..itu penting tu..hehe..So betul kata orang..dugaan ketika dalam tempoh pertunangan ni hebat sangat2..lebih hebat tika belum ada ikatan..mcm2..memg gaduh jenis nak putus2 tunang je..TAPI ni aku la..hehe..aku kan RELAKSs..so..jadikan itu satu ujian utk kita hadapi lagi 1 tahap bila dah berkahwin nanti..aku kuatkan hati aku bahawa dia sedia jadi isteriku yang solehah..dan aku bersedia jadi seorang suami yang soleh dan bertanggungjawab. N..yang letih tu..nak kena g kursus kawin..memg lecehhhh..haha3..g dengar penceramah cita bab unsur2 blue je byk..xpela aku layan jek..haha3..sape xsuka ye x..janji xboring sngt dalam tuh..so dapat la aku sijil kahwin..biar betul!!aku da leh kawin.hahaha....xsabar..macam2 dalam kapla otak aku nih..tarikh da smakin dekat..hari2 gak ak praktik nak lafaz akad nikah tuh..tanya kawan2 mcm2..hahaha..ak byk rujuk dalam internet solat sunat nikah..niat dia..adab2 nya..so korg pon leh ushar dalam blog aku nih..yang nak berkahwin nanti la..tapi dalam byk2..si gadis aku dok kalut cakap..klo time kiss batal air sembahyang kat dahi tuh..jgn gopoh2 yer..cium lembut2 tangan pegang bahu sebelah sebelah lagi tangan kat dagu..hahahahha..ooOOO...pegang kepala dua2 xleh>>??ganas sket..biar lain dr lain..hehehehe..arhhhhh...DAH DEKAT NAK KAHWIN!!!!!!
zaman bujang dah nak tamat!!!..so aku kontek membe2 aku..g lepak sana sini..konon nya meraikan hari aku nak kawin nanti..ENJOY PUAS2 ye pada sapa yg bujang lagi tuh..tp beringat la bab duit t bnyk nak pakai lagi..hehe..

part 8

lagi sebulan..so aku g try baju nikah...cari barang2 hantaran..tq pada Cik Ateh n Anak2 nya mamat n akaknya..buat aku nye brg2 hantaran tuh..gempak gila...so antara brg ak bg si gadis, beg tangan, laptop, brg2 penjaga diri, myk wangi..apa lagi ntah..n dia plak bg aku camera wooo!!myk wangi, tali pinggang, baju n suar, spek mata...semua aku nak lanyak masa dah kawin nanti..yuhu...stylo lepas kawin..urr..time bujang xnak plak stylo..pelik2...urr..apa yg peliknya da memg xmampu masa bujang dulu..ha3...ak try baju nikah xmuat la plak..so tempah jahit terus la..skali ngan si dia..fuh..macam2 la..dengan dekat nak raya lagi time tuh..memg agak meletihkan la...Tapi CINTA punya pasal beb..apapun sanggup...ha3..aik CINTA ke KAHWIN punya pasal..haha...

part 9

duk3 duk3 duk3 berdegup jantung ku hari esok da nak kawin..ah3

malam tu..aku memang susah nak tidur..aku terfikir macam2..dah la seminggu xleh jumpa si dia...fuh..bertempat di masjid hadapan PUO tuh..kami akan disatukan...

lebih kurang kul 10.30 semua dah berkumpul bawah blok aku..kawan2 mak aku semua da siap..so kami terus ke sana. Tq pada abg aku n kakak aku bawa aku ke sana nek ngan dorg..dulu masa tunang nek Alphard..masa nikah ni plak naik Lexus..fuh..gempak2..haha..so kurg la sket nervous tuh..smpai je depan masjid..dr jauh aku nampak ramai gak org sebelah si gadis nih..wuyoo...cuak2..tp ngan gaya lelaki melayu terakhir aku nih..ak ushar n jalan penuh kaver..g salam cium tangan bakal ayah mertua n tok kadi pe sumer..pakcik2 dia..terus ak melangkah masuk ke dalam masjid..n duduk bersila..dup3..gabra!!!!!!!oh no..biar betul ak da nak nikah!!haha..tengok kanan..membe2 aku sampai..tq2...smngt balik..gaya duduk tegap sket..aku pandang ke arah tok kadi..sebelahnya ayah sigadis n ayah aku sebelah dia..dengar la tok kadi bg story2 pasal alam rumah tangga..agak trsentuh bila disebut berkaitan ibu bapa.. 

MAK ABAH..tq...tiada kata dapat ku sampai kan selain ucapan terima kasih tak terhingga kerna membesarkan anakmu dalam apa jua keadaan tika susah dan senang kau berdua sentiasa bersamaku dan terus memberikan muka pada anakmu yang telah banyak memberikan duka padamu..ampun maaf dariku MAK ABAH...terima kasih..

tiba saatnya..tok kadi minta aku isi borg..n tandatangan sikit..tok kadi cakap sket ngan aku..

tok kadi " jangan risau..senang je kan..baca tengok"
aku " aku terima nikahnya ehem2 dengan maskawin  satu ribu ringgit tunai"

ok..dia salam tangan aku...aku tengok dia...dengan serius..aku sedia melantangkan suara aku demi Cinta Aku pada 17 JULAI 2011 genap ulangtahun ke 10 kami bersama dan di rumah Allah dan kerana Allah kami disatukan.


TOK kadi : aku nikahkan dikau Mohd Syahzada Azad Bin Sanusi dengan mas kawin satu ribu ringgit tunai...!

aku : ak aku terima nikahnya Farahaida bt Ahmad Rabawi dengan maskawinya satu ribu ringgit tunai!

tok kadi tengok aku n pandang kiri n kanan..angguk ok...Alhamdullillah...

terus terketar2 tangan aku..pelik..lepas akad plak aku terketar2...so aku baca doa ...selesailah saat itu di mana aku dan si dia bersatu dan si dia SAH MENJADI ISTERIKU...