Terbabas Lagi
Bukan maksud untuk melukaimu
Tapi ku ambang kecewa denganmu
Kadang kau lupa siapa dirimu
Aku menanti perubahan sikapmu
Alhamdulillah
Kadang jalan di hadapan kita berliku
Kadang cahaya di sekeliling kita hilang
begitulah sekiannya dalam hidupku
Kadang kegembiraan itu tidak berpanjangan
Alhamdulillah
Dugaan datang tanpa kita sedari
Pasti kita dapat tempuhi juga tanpa disedari
Kegembiraan datang runtuhkan kesedihan
Pastikan kita rasai setiap detik kasih yang dicurahkan
Alhamdulillah
Kelalaian dulu bukanlah abadi
Kesilapan lalu bukanlah punca
Yang nyata sentiasa ada jalan
Jalan untuk kita dekatkan diri padaNya
Alhamdulillah
diatas segala kurniaNya....
Kesedihan Seorang Lelaki
aku sebagai seorang lelaki...
pelbagai onak duri aku lalui..
ku cuba penuhi hasrat diri..
cuba menggapai mimpi yang tidak pasti..
setiap saat hati di dalam sayu..
ku cuba merenung merentas waktu,,,
apakah mungkin ada ruang untukku..
membetulkan semua kesilapan lalu...
hidup bukannya mudah..
nasib kita berbeza-beza...
kalau aku ditakdirkan kalah..
pasrah dan redha aku dengan ketentuanNYA
tapi aku tetap hambaNYA
penuh dosa tidak kupinta..
secekal mana hati ku cuba..
mengalir air mata berlinang dijiwa...
YA ALLAH YA ALLAH YA ALLAH...
aku redha..
Harapan
Sudah tiada ruang utkku meluahkan segala perih di hati...aku terperangkap oleh jerat2 dunia..ak dah tewas..Ya Allah sejauh mana lagi harus ku tempuh ujianMu ini Ya Allah...
Detik kehancuran hidupku sudah tiba..apa lagi yang mampu aku lakukan selepas ini hanya Engkau yang mengerti Ya Allah...Ya Allah kuatkan diriku..kuatkan semangatku..kuatkan imanku Ya Allah..Jauhkan ku dari segala dugaan dunia yg mampu memesongkan ku dr jalanMu
Bila Aku Yang Mengalah
Selama ini adakah kau sedari
aku cuba berada di sisi
Tapi kau tak memberi
Perhatian yang aku ingini
Aku kehilangan segalanya
dari awal kita bersama-sama
hanya untuk cinta kita
akhirnya kini aku merana
Bukan ingin ku kesali
tapi sampai bila jiwa kau mati
cubalah buka hatimu untuk memahami
selami lah hati aku sepenuh hati
Bila aku yang mengalah
kau dongak tinggikan kepala
bila aku yang mengalah
kata-kata kau semakin berbisa
sudahlah sampai di sini
jiwa penat menghitung hari
tiada apa yang dapat ku pasti
cinta bahagia takkan muncul lagi
Lelaki Terhebat Dalam Kehidupanku
Abah..
Biarpun masa berlalu...
Takkan aku lupa setiap detik curahan kasih sayang yang engkau berikan..
Hidup dalam kesederhanaan yang engkau berikan mengajar kami erti berdikari..
Aku rindukan suaramu,tawamu,senyummu,wajahmu dan belaian yang engkau berikan dulu..
Segala pengajaran yang engkau berikan adalah untuk kebaikan kami..
Abah...
Kau bersusah payah demi keluargamu..
Kau mengerah keringat untuk beri kebahagiaan utk keluargamu..
Jasamu tiada tolok bandingnya di dunia ini abah..
Abah..
aku harap abah terus kuat menempuh kehidupan..
Giliran kami anak-anakmu memberikan kebahagiaan untukmu..
Namamu akan sentiasa tersemat di hati kami abah..
Takkan terbalas setiap pengorbananmu..
Kami anak-anakmu akan terus berada di sampingmu..
Terima kasih tak terhingga pada abahku..
SANUSI BIN SAHADAN
Wanita Terhebat Dalam Kehidupanku
Mak..
Takkan ku lupa...
Betapa sukarnya kau menghadapi hari-hari semasa mengandungkan ku..
Dalam serba kekurangan kau kuatkan hati menjagaku setelah aku dilahirkan...
Dengan penuh kasih sayang kau berikan padaku tanpa sebarang kekurangan...
Belaianmu...ciummu membuatkan aku rasa begitu selamat dan bahagia bersamamu...
Mak...
Masih ku teringat lagi pelbagai dugaan dalam kehidupan kau hadapi untuk membesarkanku..
Berjuta nostalgia indah dan duka yang dicipta bersama..
Begitu banyaknya pengorbananmu..begitu sucinya hatimu...
Mak...
Masih ku ingat kau menyikat rambutku untuk ke sekolah..
Masih ku ingat kau menyuapkan aku ketika aku lapar..
Masih ku ingat betapa kau menjagaku ketika ku sakit..
Masih ku ingat tangismu ketika aku kemalangan dulu...betapa terharunya hatiku..
Mak..
Kau sentiasa memberikan yang terbaik untuk anak-anakmu..
Kau sentiasa memberikan kasih sayang yang terindah untuk anak-anakmu..
Kau sentiasa resah memikirkan masa depan anak-anakmu..
Mak..
Pengorbanan yang kau lakukan tiada tolok bandingnya didunia ini..
Syukur pada Allah kerana memberi peluang untukku memiliki Ibu yang terbaik..
Takkan aku lupa setiap kenangan..setiap memori yang telah kita ciptakan..
Takkan aku lupa mak...
Mak..
Aku berjanji akan sentiasa berada dihatimu..
Aku berjanji akan sentiasa ingat pesan-pesanmu..
Aku berjanji akan menjadi yang terbaik untuk Allah,agama,bangsa dan negara..
Aku berjanji akan sentiasa semat namamu dihatiku...mak...
Mak..
Tak dapat ku bayangkan hidupku tanpamu..
Aku rindukan kasih sayangmu mak..
Aku teramat-amat menyayangi kamu mak..
Aku cintakan kamu mak..
NOR AZIZAH BINTI OTHMAN..kau adalah ibuku yang terbaik...
Hilang
Ingin ku tangisi...setiap kali ku teringat wajahmu..
matamu yang ayu...memukau seluruh jiwaku..
pertama kali kita bertentang mata...bergolak darahku
hilang tumpuanku..masa terhenti disitu...
hilangnya semua itu..
kemana hilangnya ayumu..
kemana hilangnya rasa cintamu..
kemana hilangnya rasa hormatmu padaku..
aku ingin seperti dulu..
kau yang penuh rasa cinta pada diriku
kuasa masa menguasai diri mu..
kau kecundang dengan tekanan untukmu
kau lupa siapa dirimu
kau korbankan cintaku untuk impian mu..
aku redha...
itu pilihanmu..
asalkan kau tahu itu kebahagiaanmu
akan ku lepaskanmu...walau tanpa pengetahuan mu..
aku hanya menanti...dirimu yang dulu..yg terus ada dihatiku...hingga nafas terakhirku..
Serabut
Segala yang ada sekarang...Perlukah aku tinggalkan semuanya..
Hanya kerana kesilapan dalam percaturan hidup..
Aku dalam derita sekarang..
Derita dalam cinta
Derita dalam merancang kehidupan
Berikan aku petunjukMu Ya Allah..
kuatkanlah imanku..agar aku dapat tentukan keputusan yang tepat
dalam memilih sebuah kehidupan yang sejati...
Patutkah..
aku tinggalkan segala yang ada sekarang
lupakan diri aku yang ada sekarang
mulakan hidup baru seperti tiada siapa disisi lagi
Atau
Patutkah
aku berada disini
terus menerima segala2nya..
yang sudah tentu akan membuatkan aku terus penat lelah
dalam meneruskan kehidupanku..
dalam cinta..dalam sosialku..
Berikan petunjukMu...
" Carilah cinta...fahamilah cinta...rinduilah cinta...hargailah cinta..cinta itu indah..jika dijaga..pasti bahagia hidup terasa " .arikasyah.
Rindu Kata-Kata Itu
Abang Cintakan Sayang
Sudah lama aku tidak menyebut kata-kata itu
Sayang Cintakan Abang
Sudah lama aku tidak mendengar kata-kata itu
Berat bibir melafazkan
Entah apa yang difikirkan
Semakin pasti kita bersama
Semakin hilang kata-kata cinta
Aku ingin satu kepastian
Mengapa dia semakin berlainan
Dari apa yang aku kenal
Dulu dia puteri impian
Ego tinggi langit
Bibir bagai terkunci
Hati keras berisi
Jiwa semakin berani
Kau semakin menghilang
Kita semakin kecundang
Kebebasan semakin kau rasa
Tanpa aku di sana kau semakin berbisa
Aku di sini terus terasa
Dengan sikapmu yang penuh serpihan kaca
Menikam jiwaku menusuk ke memori masa
Bila dikenang sungguh aku kecewa
Dulu ku ingin istana kristal
Putih suci dihiasi cinta
Tapi semua telah berlalu
Istana hancur tinggal impian.
Terus bersama tanpa rasa
Masing-masing punya arah
Kita tidak fahami jiwa
Pasti bahagia menghilang selamanya
by Arikasyah
Kekalutan itu
Kesilapan lalu yang memerangkap aku...
Kini aku terkapai2 mencari cahaya..
Aku bukan luarbiasa...yg mampu hadapi perkara luarbiasa..
Nafas semakin laju..Kenapa harus ak terima semua ini..
Sesuatu yg xmungkin dapat ku kawal lagi..
Aku semakin terumbang ambing...kiri atau kanan jalan yg harus ku pilih..
Ku sangka permata..rupanya kaca yg berderai melukai ak..
Membalas setiap gerakan aku...kenapa mesti begitu..
Aku berserah dan terus mengharap dariNya..
berikan ruang utk ak perbetulkan kesalahan aku..
berikan kekuatan untuk aku hdapi dugaanMu...
Sering kali...ak bertanya pada hati...adakah lagi rasa untukku..
Seperti dulu..yg menceriakan hariku..
Aku xpunya lagi rasa..itu sudah pasti..
Aku bergerak tanpa rasa...Semuanya bagai dusta..
Aku semakin kecewa dengan diri aku sndiri..kecewa dengan apa ak lakukan..
Sememangnya...aku bukan sempurna..
Mungkinkah ada yg dapat terima ak yg sebegini..
Penuh dengan ranjau jahanam di nostalgia lalu...
Aku bukan sempurna..dalam menempuhi kekalutan itu...
by arikasyah
Kepastian
Berulang kali...
apa yg kau cari..a
k sndiri xpasti...
aku yang kau kenali..untuk selama ini..
pernah kau selami?
pernah kau hayati?
aku terima semua dengan hakiki..
apa yang telah kau beri..
tiada balasan dapat ku beri...
walau ku cuba untuk menghargai..
by arikasyah
Harapan
Harapan..
Satu perkataan yang membuatkan ak rasa bersemangat.
Tapi kini...
semuanya telah pergi..
Aku kembali bersendiri..
dalam menghadapi onak duri..
Mengapa begitu mudah aku jadi begini..
Tiada yang pasti..melainkan diriNya yang pasti..
aku masih mencari..harapan ku yg semakin menjauhkan diri..
Terdapatkah harapanku diseberang sana?
haruskan ak melangkaui sempadan negeriku hanya utk harapan yg belum pasti?
Perlukah ak meninggalkan semuanya yg ada demi harapan yg mengaburi?
Tiada siapa disisi..
Yg dpt mndengar keluhan hati aku ini..
Pasti suatu hari..
Aku akan tinggalkan semua ini..
apabila emosi mengatasi diri..
by arikasyah
Gadis Itu
dia adalah gadis itu
yang tabah dalam menempuh dugaan
walau aku pernah mengecewakan
dia beri cahaya penuh perasaan
pada aku yang buta tentang keikhlasan
aku terus begini
tanpa peduli apa dia ingini
aku pergi tinggalkan duri
biar dia sembuh sendiri
dia adalah gadis itu
bersinar matanya bila bahagia
kusut jiwanya bila terluka
terus melangkah berani meneroka
hidupnya bahagia bila aku ada
aku ingin mengerti
perasaan gadis yang aku cintai
apa yang dia ingini
tapi aku tidak mampu penuhi
dia adalah gadis itu
apa yang telah aku lakukan
cinta tanpa pengorbanan
aku banyak ambil kesempatan
ke atas dia yang berikan kesenangan
maafkan aku sekali lagi
suara hati aku menipu lagi
aku hanya mahu kau ketahui
selama ini..selamanya..hanya kau ku cintai..
by arikasyah
Persoalan Diri
Siapa diriku yang sebenarnya..
Siapa yang mepengaruhi hidupku
Siapa yang menguasai diriku
Siapa yang aku sayangi
Siapa yang aku rindui
Siapa yang mempengaruhi perjalanan hidupku ini
Di mana aku berada?
Di mana dia yang aku cari?
Di mana impian yg ku kejar?
Di mana kejujuran dalam diriku?
Di mana orang-orang yang ku sayangi?
Di mana cahaya yang sering diperkatakan?
Mengapa ku begini?
Mengapa aku terus dibayangi?
Mengapa aku mesti mencari?
Mengapa aku mudah luntur?
Mengapa hidupku penuh persoalan?
Mengapa terlalu gelap dan begitu sukar untuk aku temui cahaya?
Mengapa aku tidak dapat berkongsi bersama orang-orang yang ku sayang?
Mengapa aku terasa seperti boneka?
Mengapa kehidupanku ini ku rasa begitu kosong?
Mengapa aku tidak dapat kecapi keinginanku?
Mengapa hidupku begitu sukar?
Mengapa...mengapa aku begitu lemah?
Mengapa aku mudah tergoda dengan nafsu?
Mengapa aku mudah hilang diriku yang sebenarnya?
Mengapa terlalu banyak persoalan?
Adakah yang ini aku mahukan?
Adakah ini diri aku?
Adakah dia yang aku cari?
Adakah mereka memahami ku?
Adakah aku mampu berdiri dengan sendiri?
Adakah hidup ku ini sememangnya gelap?
Adakah aku patut terima sahaja semua ini?
Adakah ini takdir yang tidak dapat ku ubah lagi?
Adakah aku mesti mencari cahaya yang tidak pasti ada?
Adakah aku yakin dengan diri aku?
Adakah aku pasti dia milik aku?
Adakah aku punya kebahagiaan yang nyata?
Adakah aku akan berjaya?
BILA CINTA TIDAK BERMAKNA
Cinta xbrmakna lagi tanpa harapan darinya...
Aku sendiri memadamkan cahaya yang dulu sentiasa menyinar untukku.
Dia semakin menjauhkan diri
Terasa bila si dia yang dicintai mengatakan aku tidak punya hak lagi untuk mecampuri urusan dia..
Semua kerana kesilapan2 lalu aku yang terus melukai dia..
Tapi aku dengan berani
Mengatakan diriku teramat menyintai dirinya
sejak dari pandang pertama sehingga kini
Kini aku xmampu lagi untuk memaksa dia untuk memahami
Cabang2 dugaan dalam hidup terus mengatasi
Aku akan terus menyintai
walaupon dia terus menguji
Aku tetap insan biasa
Sering melakukan kesilapan
Tergolong antara golongan yang lalai
Maafkanku kerna melukai hatimu
Maafkanku kerna menyintai dirimu
Maafkanku kerna membuat kamu derita bersamaku
Tiada kata terbaik selain maaf yg mampu ku ungkapkan
Aku cintakan kamu
Aku pasrah..kamu punya harapan untuk mengubah haluan hidupmu..apa jua keputusanmu..ku terima..
SEDIKIT LUAHAN
Bercakap tentang cinta..memang sukar sangat nak menghayati erti cinta sejati..cinta pertama..adakah ianya cinta sejati?
bg ak tidak lah..cinta sejati ni merupakan 1 perasaan kasih,rindu yang sangat2 mendalam kepada seseorang..yang membuatkan kita sentiasa resah memikirkan tentangnya..sntiasa resah memikirkan samada kita mampu atau tidak membahagiakan dia..sentiasa resah samaada kita ini sentiasa berada dihatinya atau pun tidak..
keikhlasan..kejujuran...kepercayaan..itu paling2 penting dalam perhubungan cinta nih...
selamat 10 tahun ak bercinta..semua tu da beransur2 xada dalam diri kami..ak pasti..
yang tinggal hanya tanggungjawab,sayang,cinta,maruah...
entahla..betapa sukarnya...
aku sangat2 pasti..kejujuran,kepercayaan dalam diri kami dah xada..sama ada aku atau dia...sama saja..
semakin lama..terasa sangat ke2 unsur tu dah hilang bersama masa..
semakin hampir kami bersama..semakin byk dugaan datang...
Wujudnya fenomena dimana saling mengunkit kesilapan lalu, wujudnya rasa tidak percaya...mencari salah2...
hilangnya rasa hormat dalam diri masing2..
semua ni buat ak sangat2 xsenang...ditambah dengan masalah2 yg sedia ada..
bila semua ni trjadi..
yang pasti kita kembali menyendiri...harapkan si dia...
xmungkin bila si dia hilang rasa percaya..hilang rasa hormat...
btw..inilah cinta..jika sejati..pasti bersama dan terus mekar dan terus utuh dengan dugaan2 yg sntiasa menguji..Insyaallah
"Semua persoalan sentiasa muncul dalam diri kita..Aku juga sering tertanya-tanya...Tetapi kita sebagai umat Islam harus redha.Terima ketentuanNya.Kerana setiap yang berlakuada hikmahNya.
Al-Quran penyejuk hatiSolat penguat diri..MengingatiNya kita tahu siapa diri kita yang sebenarnya."
by Arikasyah