Wednesday 3 August 2011

Bagaimana Untuk Mendapatkan Exposure Yang Betul Semasa Mengambil Gambar Kahwin

 
Bagi jurugambar yang baru memulakan perniagaan mengambil gambar kahwin, masalah yang biasa dihadapi ialah mendapatkan exposure yang betul semasa mengambil gambar kahwin. Ini kerana majlis perkahwinan ialah majlis yang berterusan dan kita susah hendak menyuruh orang supaya berhenti sekejap kerana kita perlu melaraskan kamera kita untuk mendapatkan exposure yang betul.
Biasanya kita terpaksa bermain dan mencuba dengan pelbagai tetapan exposure pada kamera untuk mendapatkan exposure yang betul. Ini boleh melambatkan kerja seseorang jurugambar perkahwinan dan kemungkinan besar, kita akan terlepas sesuatu moment yang baik. Sekiranya kita sedang mengambil gambar outdoor, maka tidak mempunyai masalah kerana kita mempunyai masa untuk membetulkan exposure.
Satu cara yang cepat untuk mengatasi masalah ini ialah dengan menggunakan fungsi AEB (Automatic Exposure Bracketing). Pada kamera Nikon, fungsi ini dipanggil BKT dan pada Canon ia dipanggil AEB.
Fungsi AEB ini membolehkan kita mengambil gambar dengan 3 exposure yang berlainan. Satu dengan exposure yang under, satu dengan exposure yang normal dan satu lagi dengan exposure yang over.
Berikut adalah contoh gambar yang saya ambil menggunakan kamera Nikon D300, Lens 50mm, F/1.8, Mod Aperture Priority dan Tanpa Flash
Exposure = -1 Step (Kecerahan gambar diturunkan dengan satu stop)
Exposure = 0 Step (Kecerahan gambar normal berdasarkan pengiraan metering kamera)
Exposure = +1 Step (Kecerahan gambar dinaikkan dengan satu stop)
Apabila anda menggunakan fungsi Automatic Exposure Bracketing, kamera anda akan memilih satu exposure (berdasarkan apa yang metering kamera fikir betul), kemudian ia akan mengambil satu gambar berdasarkan apa yang metering kamera fikir betul dan menaikkan kecerahan gambar dengan satu stop, dan akhirnya ia akan mengambil satu gambar berdasarkan apa yang metering kamera fikir betul dan menurunkan kecerahan gambar dengan satu stop.
Daripada ketiga-tiga gambar yang dihasilkan, anda hanya perlu memilih  satu yang anda fikir sesuai dan mempunyai exposure yang betul. Cara ini lebih cepat daripada secara manual dimana anda mengambil satu gambar, kemudian periksa exposure gambar dan jika exposure tidak betul, laraskan tetapan kamera anda, kemudian ambil lagi satu gambar dan seterusnya.

No comments: