Wednesday 3 August 2011

Lens Apa Yang Patut Saya Gunakan Untuk Kamera DSLR Saya (Part 2)?


Faktor Kamera DSLR
Satu perkara yang penting yang perlu diketahui bahawa focal length dan peraturan yang disebut dalam Bahagian 1 siri Lens Apa Yang Patut Saya Gunakan Untuk Kamera DSLR Saya? hanyalah digunapakai untuk model kamera full-frame (sensor besar) atau kamera filem 35mm. Kebanyakan kamera DSLR sekarang ini mempunyai sensor yang kecil yang akan menyebabkan field of view di ‘crop’ dan akan mendarab focal length dengan nilai ‘crop factor’ antara 1.5 hingga 2 untuk mendapat focal length sebenar. Kamera yang mempunyai sensor kecil ini juga dikenali sebagai crop camera. Model daripada jenama Nikon, Sony dan Pentax mempunyai crop factor 1.5 dan jenama Canon mempunyai crop factor 1.6 sementara kamera DSLR yang mempunyai sistem Four Thirds seperti daripada Olympus atau Panasonic mempunyai crop factor 2.
Inilah sebabnya mebanyakan jurugambar akan bercakap mengenai focal length sebenar, dimana focal length lens didarab dengan crop factor kamera. Jadi focal length sebenar untuk lens 18-55mm, sebagai contoh digunakan pada kamera Nikon (crop camera) ialah bersamaan 27-82mm.
Ini bermakna jika anda menggunakan kamera full-frame Nikon dengan lens 50mm, maka untuk mendapatkan keluasan gambar yang sama dengan menggunakan crop camera Nikon, anda memerlukan lens yang mempunyai focal length 33mm. Tetapi disebabkan tiada lens 33mm, maka anda perlu menggunakan lens 35mm. Jadi perlu diingat bahawa anda sentiasa perlu mendarab focal length lens anda dengan crop factor kamera anda untuk mendapatkan focal length sebenar.
Perlu juga anda ketahui bahawa kebanyakan lens yang dikhaskan untuk crop camera tidak boleh digunakan pada kamer full-frame. Jadi jika anda hendak menaiktaraf kamera anda kepada kamera full-frame, maka kemungkinan lens anda tidak boleh digunakan pada kamera full-frame anda nanti.
Aperture
Perkara kedua yang penting pada lens ialah Aperture. Aperture merujuk kepada kebolehan lens untuk mengumpul cahaya. Lebih besar aperture, maka lebih banyak cahaya yang ia boleh kumpul dan ia lebih sesuai untuk digunakan pada tempat yang kurang cahaya. Lens dengan aperture yang besar juga membolehkan anda mengambil gambar dengan depth of field yang kecil yang menyebabkan latarbelakang ganbar anda menjadi blur/kabur. Aperture yang besar memang bagus, tetapi ianya mempunyai kaca yang besar menyebabkan ianya menjadi besar dan berat dan lebih mahal. (Kecuali lens Nikon 50mm f/1.8D AF Nikkor Autofocus Lens (RM420.00) dan Canon EF50mm f/1.8 II Autofocus Lens (RM340.00).
Aperture pada lens biasanya disebut sebagai focal ratio atau f-number/f-stop. Ini ialah ratio diantara focal length lens dengan diameter bukaan lens. Jadi lebih besar bukaan, lebih kecil f-number. (rujuk http://www.kedaikameradigital.com/lens-50mm-f1-8-untuk-apa/ untuk lebih penerangan tentang f-number). Sebagai contoh, jika f-number ialah f/1.4, bukaan lens adalah besar, jika f-number f/32, bukaann lens adalah kecil.
Pada lens tetap terdapat satu f-number, seperti 50mm f/1.8. Pada zoom lens, terdapat dua f-number, seperti 18-55mm f/3.5-5.6 yang bermaksud f/3.5 pada 18mm dan f/5.6 pada 55mm. Ada juga sesetengah zoom lens yang mahal yang hanya mempunyai satu f-number seperti 70-200 f2.8 dan f/2.8 ini boleh ditetapkan pada mana-mana focal length.
Lens dengan f1.4 boleh mengumpul cahaya 2 kali lebih banyak daripada lens dengan f2.0, atau 4 kali lebih banyak daripada lens dengan f2.8. Lens dengan f2.8 pula boleh mengumpul cahaya 2 kali lebih banyak daripada lens dengan  f4 model, atau 4 kali lebih banyak daripada lens dengan f5.6.
Lens yang boleh mengumpul 2 kali lebih banyak cahaya membolehkan anda menggunakan shutter speed yang 2 kali lebih laju, atau shutter speed yang sama sekiranya kedaan 2 kali lebih gelap. Lens yang boleh mengumpul 4 kali lebih banyak cahaya pula membolehkan anda menggunakan shutter speed yang 4 kali lebih laju, atau shutter speed yang sama sekiranya kedaan 4 kali lebih gelap. Jelas menunjukkan bahawa lens dengan aperture yang besar atau mempunyai f-number yang kecil sesuai untuk mengambil gambar didalam keadaan yang kurang cahaya dan untuk aksi-aksi yang laju.
Walaubagaimanapun, anda perlu berbelanja lebih untuk lens seperti ini kerana ianya besar dan berat terutama sekali untuk lens zoom kecuali untuk lens Nikon 50mm f/1.8D AF Nikkor Autofocus Lens (RM420.00) dan Canon EF50mm f/1.8 II Autofocus Lens (RM340.00).
Lens Nikon 50mm f/1.8D AF Nikkor Autofocus Lens (RM420.00)  dan Canon EF50mm f/1.8 II Autofocus Lens (RM340.00) adalah murah. Dengan aperture f/1.8,  ianya boleh mengumpul 8 kali lebih banyak cahaya berbanding dengan lens kit 18-55mm apabila ianya di’zoom’ kepada focal length yang sama. Dengan f-number yang kecil, bermakna anda boleh membuatkan background anda blur/kabur. Itulah sebabnya lens 50mm amat sesuai untuk anda uyang baru bermula untuk berjinak dengan low light photography dan portrait photography.
Bersambung…

No comments: