Wednesday 3 August 2011

Lens Apa Yang Patut Saya Gunakan Untuk Kamera DSLR Saya (Part 1)?

MORE INFO : http://www.kedaikameradigital.com/lens-50mm-f1-8-untuk-apa/


Lens Apa Yang Patut Saya Gunakan Untuk Kamera DSLR Saya (Part 1)?
 
Kelebihan mempunyai kamera DSLR atau yang setara dengannya ialah anda boleh menukar-nukar lensnya. Anda boleh menggunakan lens wide angle ditempat yang sempit atau menggunakan lens telephoto untuk membesarkan objek yang jauh. Untuk mengambil gambar objek yang kecil pula anda boleh menggunakan lens macro. Tiada had untuk anda dalam penggunaan kamera DSLR. Tetapi, lens mana yang patut anda miliki dahulu? Di sini saya akan menerangkan apa yang anda perlu tahu sebelum membeli lens dan membantu anda membuat pilihan yang tepat untuk memilih lens bagi gaya fotografi anda.
Apabila memilih lens untuk kamera DSLR anda, anda patut memikirkan tentang gambar apa yang hendak anda ambil dan tentang bagaimana anda tidak berpuashati dengan lens anda sekarang ini. Pada ketika ini anda mungkin mencuba lens anda (saya merasakan yang anda menggunakan kit lens 18-55) untuk mengambil gambar semua benda atau semua keadaan. Mungkin anda tidak dapat mengambil gambar orang bersukan atau gambar burung kerana mereka berada jauh daripada anda. Atau pada ketika ini anda meungkin berpuashati dengan lens anda, tetapi anda mahukan sesuatu yang lebih berkualiti, yang boleh memfokus dengan lebih cepat, yang mempunyai fungsi anti gegaran atau yang boleh mengambil gambar pada keadaan yang kurang cahaya.
Biasanya terdapat lebih daripada satu lens yang boleh membuat apa yang anda mahu. Jadi langkah seterusnya ialah mengetahui pilihan apa yang ada didalam pasaran sekarang. Jika ini adalah kamera DSLR yang pertama anda, nama dan nombor yang diberi kepada setiap lens boleh memeningkan kepala anda. Tetapi jangan risau, kerana ianya adalah mudah untuk diketahui maksudnya. Berikut adalah perkara-perkara yang anda perlu cari.
Focal Length
Spesifikasi utama pada lens ialah focal length. Focal length akan memberitahu anda kawasan liputan lens tersebut. Focal length diukur dalam unit mm, dan ukuran yang hampir sama dengan penglihatan manusia ialah 50mm. Hakikatnya, mata kita mempunyai luas pemandangan yang lebih, tetapi jika anda melihat pada seseorang dan kemudian melihat melalui lens 50mm, pemandangannya adalah hampir sama. Inilah sebabnya lens 50mm dikenali sebagai standard lens dan ianya adalah sesuai untuk pelbagai subjek, daripada landscape hingga ke portrait.
Lens yang mempunyai focal length lebih kecil daripada 50mm dikenali sebagai lens wide angle kerana ianya boleh mengambil gambar di tempat yang sempit dan boleh memasukkan lebih banyak subjek ke dalam setiap frame. Ianya boleh mengambil gambar bangunan yang besar, landscape atau gambar kumpulan yang ramai. Amat sesuai jika anda tidak boleh berundur lagi. Lens 28mm ialah wide angle yang biasa dan sesuai untuk gambar landscape dan architecture. Apa-apa lens yang mempunyai focal length kurang daripada 20mm dikenali sebagai lens ultra wide angle.
Lens yang mempunyai focal length lebih besar daripada 50mm biasanya dikenali sebagai lens telephoto. Lens ini sesuai untuk mengambil gambar orang bersukan atau gambar burung yang berada jauh daripada anda. Ianya juga akan memberikan gambar yang lebih menarik apabila anda mengambil gambar orang. Berbeza dengan lens wide angle, lens dengan focal length yang lebih panjang mempunyai Depth of Field yang lebih kecil, bermakna lebih mudah untuk mendapatkan efek latarbelakang blur, menjadikan ia sesuai untuk mengambil gambar portrait, hidupan liar dan sukan.
Gambar ini diambil menggunakan lens Nikon 85mm f/1.8D

Focal length yang baik untuk mengambil gambar portrait ialah diantara 85mm dan 135mm, juga dikenali sebagai telephoto pendek. Focal length yang sesuai untuk mengambil gambar sukan dan hidupan liar adalah sekurang-kurangnya 200mm, dan yang paling sesuai ialah 300mm atau lebih. Jurugambar sukan dan hidupan liar profesional biasanya menggunakan lens 600mm atau lebih.
Anda boleh membeli lens yang mempunyai focal length yang tetap (seperti 85mm dan 135mm), atau yang mempunyai zoom (seperti 70-200mm dan 70-300mm). Lens yang mempunyai zoom adalah senang untuk digunakan kerana sifatnya yang boleh zoom, tetapi ianya tidaklah sebaik lens yang mempunyai focal length tetap. Lens focal length atau juga dikenali sebagai prime lens biasanya lebih kecil, ringan dan amat sesuai untuk digunakan pada keadaan yang kurang cahaya. Walaubagaimanapun, terdapata juga lens zoom yang amat baik seperti lens Nikon 70-200mm f/2.8.
Lens zoom pelbagai guna biasanya mempunyai ciri-ciri wide angle dan telephoto pendek, seperti lens 18-135mm dan 28-80mm. Terdapat juga lens super-zoom seperti 28-300 yang boleh anda gunakan untuk wide angle dan telephoto. Terdapat juga lens zoom ultra wide angle seperti 16-35mm dan terdapat juga telephoto zooms yang mempunyai telephoto pendek hingga telephoto panjang seperti 70-300mm.
Untuk yang mempunyai bajet yang kurang RM1,000, berikut adalah lens-lens disyorkan:
1. Nikon Lens AF-S DX NIKKOR 35mm f/1.8G (RM830). Mempunyai autofocus motor dan sesuai untuk kamera Nikon yang tidak mempunyai autofocus motor.
3. Nikon 50mm f/1.8D AF Nikkor Autofocus Lens (RM420.00). Tidak mempunyai autofocus motor dan tidak sesuai untuk kamera Nikon yang tidak mempunyai autofocus motor.
Bersambung… (Part 2)

No comments: