Sebenarnya, semua insurans senang claim.
Asalkan kita beli insurans secukupnya (bukan undervalue atau third party) dan tuntutan tersebut bukan penipuan (fraud). Memang tuntutan akan cepat dapat. Pihak insurans tak mampu nak lambatkan tuntutan begini sebab setiap hari mereka ada banyak tuntutan nak proses. Kes yang genuine dan tiada keraguan biasanya terus lulus.
Bila kita nak buat tuntutan, bagus juga untuk tahu jenis-jenis tuntutan insurans kenderaan yang ada. Supaya bila berurusan dengan bengkel, kita tak lah terpinga-pinga. Jadi, jom semak apa jenis tuntutan insurans kenderaan yang ada:
1. Tuntutan OD (Own Damage)
- Merujuk kepada tuntutan insurans anda sendiri. Mestilah insurans komprehensif dan anda akan kehilangan NCD bila tuntutan dibuat.
- Dokumen yang diperlukan:
- Borang tuntutan
- Salinan lesen memandu
- Salinan geran
- Laporan polis
- Selepas dokumen lengkap diserahkan, biasanya insurans akan berikan jawapan dalam 7 hari (kecuali tuntutan yang perlukan siasatan lanjut atau kerosakan teruk)
2. Tuntutan KFK (Knock For Knock)
- Jika kemalangan salah pihak lain, tetapi insurans anda KOMPREHENSIF. Jadi, insurans anda akan tanggung dahulu kos tanpa tolak NCD.
- Insurans anda akan tuntut dari insurans pihak yang bersalah kemudian hari.
- Ini kerana tuntutan pihak ketiga biasanya lambat. Tanggungjawab pihak insurans untuk pastikan anda boleh pakai kenderaan secepat mungkin. Sebabkan itu insurans anda akan keluarkan kos dahulu.
3. Tuntutan Pihak Ketiga (Third Party)
- Jika kemalangan salah pihak lain, dan anda tiada insurans kenderaan atau insurans third party sahaja. Jadi, kena tuntut insurans pihak yang bersalah.
- Biasanya lambat boleh cecah 8 bulan.
- Untuk percepatkan kena rajin follow up dengan insurans pihak yang bersalah. Kadang-kadang ada dokumen tertentu tak lengkap menyebabkan insurans lambat proses.
- Boleh tuntut Compensation for Actual Repair Time (CART) – atau dikenali juga sebagai Loss of Use. Loss Adjuster akan berikan tafsiran berapa hari yang sebenarnya diperlukan untuk perbaiki kenderaan anda, dan anda boleh tuntut amaun tersebut dari insurans pihak yang bersalah. Kadar standard oleh PIAM seperti berikut:
- Cara Tuntut CART atau Loss of Use:
- Setelah kereta anda siap dibaiki oleh bengkel panel, maklumkan kepada bengkel anda ingin buat tuntutan Loss of Use. Minta bengkel berikan laporan beserta dengan salinan dokumen yang diperlukan untuk tuntutan anda.
- Hantar dokumen dan laporan tersebut ke syarikat insurans kenderaan yang melanggar kenderaan anda untuk diproses. Dapatkan details officer in charge dan follow up dari semasa ke semasa. Lazimnya pihak insurans akan mengambil masa 2 minggu hari bekerja untuk memproses tuntutan sebelum membuat pembayaran kepada anda.
- Secara alternatif, anda juga boleh tuntut kos kereta sewa yang sama jenis dan kapasiti untuk jumlah hari yang ditafsirkan oleh Loss Adjuster. Boleh tuntut salah satu sahaja.
4. Tuntutan Hilang
- Biasanya agen insurans yang tolong buatkan claim. Jika anda ambik insurans dengan agen hanya hubungi semula agen. Jika anda beli insurans dari Pejabat Pos, MYEG atau direct dengan pihak insurans, kena hubungi sendiri pihak insurans.
- Serahkan borang tuntutan berserta dokumen sokongan.
- Anda akan dapat tawaran insurans dalam masa 6 bulan atau apabila siasatan polis selesai, yang mana dahulu.
No comments:
Post a Comment