Thursday 21 February 2019

Melodi kehidupan yang ditangisi

Seiring rasa ini
aku terasa ingin menukilankan kata-kata yang entahnya bermakna untuk aku atau pun tidak aku yakini.
Atau aku hanya bercanda mengisi rasa kekosongan dalam hati.
Mungkinkah hanya aku takuti atau kesali akan dosa-dosa yang terus aku lakukan saban hari.
Gusarkan akan kehilangan permata-permata cinta hati.
Saat akan hadirnya kesunyian itu yang akan membuatku merasakan sepi tiada berteman lagi.
Apakah nukilan ini..
Bergelutnya aku dengan kebenaran yg ku cuba perbaiki
ataukah
sekadar kata-kata yang membuang masa ku ini.
Biarlah aku yang merasai.
Kerana hanya aku yang mengerti.
Bukanlah sesiapa yang dapat memahami perihnya hati dalam menitip kehidupan yang bukannya hakiki.
Cintaku yang seakan mati..
Dosa lebih mengiringi...
Semakin ku cuba mendekati..
sebaliknya ku menjauhi...
sedangkan hati ini teramat ingin memiliki.
Rasanya letih aku berlari
Cuba terus menapak terus tersakiti
Apakah kehidupan yang pasti...
Pastinya akhirat nanti...
Namun terus aku tangisi...
bisakah aku menjejaki...

-arikasyah

No comments: