Wednesday, 27 July 2011

KALAU SUAMI!!!

1) Kalau suami mula berahsia..
Itu tandanya dia tak setia

2) Kalau suami meninggi suara
Itu tandanya dia dah ada mak we

3) Kalau suami mengaku bujang tua
Itu tandanya dia nak ngurat anak dara

4)Kalau suami selera tak ada
Itu tandanya dia nak pasang dua

5)Kalau suami lambat balik aje
Itu tandanya dia dah syok kat setiausaha

6)Kalau suami tidur di ruang tamu
Itu tandanya dia dah jemu

7)Kalau suami malam jumaat buat tak tahu
Itu tandanya tak lama lagi hidupmu bermadu

8)Kalau suami garang macam singa
Itu tandanya hati dia dah tak cinta

9)Kalau suami asyik komplen aje
Itu tandanya dia dah tak suka

10)Kalau suami mula sepak terajang ke muka
Itu tandanya dia nak memberimu title JANDA…

JIKA SUAMI

1) Jika suami sayangkan isteri
Dapat gaji semua diberi


2) Jika suami sayangkan isteri
Kerja rumah rela dikongsi

3) Jika suami sayangkan isteri
Kereta diberi suami naik LRT

4) Jika suami sayangkan isteri
Duit poket diberi setiap hari

5) Jika suami sayangkan isteri
SMS dikirim tanda rindu dihati

6) Jika suami sayangkan isteri
Kongsi masalah nasihat dikasi

7) Jika suami sayangkan isteri
Diberi ciuman setiap pagi

8) Jika suami sayangkan isteri
I love U, I miss U katanya setiap hari

9)Jika suami sayangkan isteri
Isteri gemuk, dikatakan seksi

10)Jika suami sayangkan isteri
Sakit sikit selongkar laci ubat dicari

11)Jika suami sayangkan isteri
Kemana sahaja dibawa pergi

12)Jika suami sayangkan isteri
Sentiasa jujur perihal diri

13)Jika suami sayangkan isteri
Status berkahwin bangga sekali

14)Jika suami sayangkan isteri
Cintanya suci hingga ke mati


PESANAN KEPADA ISTERI2 :

Adakah suami2 kita tergolong dlm kategori atau ?
JIKA SUAMI … lebih banyak dari KALAU SUAMI maka bersyukurlah kerana rumahtangga anda umpama SYURGA.
TETAPI ….
KALAU SUAMI…. lebih banyak dari JIKA SUAMI… maka berhati-hatilah. .. wahai kaum isteri jangan sampai rumahtangga mu umpama NERAKA.
PERINGATAN KEPADA SUAMI2 :
Bukankah lebih baik jadikan rumahtangga itu SYURGA dari menjadikan ia NERAKA ?????


JANGAN ANDA MERASA MENYESAL KERANA MENCINTAI ISTERI.. KERANA DIALAH BIDADARIMU DI DUNIA INI.. DAN JANGANLAH ANDA SERONOK MENZALIMINYA KERANA DOA ORANG TERANIYA DITERIMA ALLAH YANG ESA

No comments: