Monday, 11 July 2011

Tanda - tanda lemahnya Iman



Assalamu'alaikum,

Selalu kita perkatakan Ilmu, Iman dan Amal, maka pada kali ini marilah kita menilai dimanakah tahap keimanan kita. Terdapat 20 tanda - tanda lemahnya iman kita, semoga Allah memberikan taufik dan hidayah kepada kita agar sentiasa berada dijalan yang benar.

dan tanda - tandanya adalah:
  1. Melakukan kesalahan dan tidak rasa bersalah.
  2. Rasa berat hati dan tiada keinginan untuk membaca al-Quran.
  3. Rasa malas untuk melakukan kebaikan. (cth: melambat - lambatkan solat).
  4. Mengabaikan sunnah.
  5. Masalah emosi, contohnya selalu rasa kecewa dengan perkara yang kecil, risau dan dan benci kebanyakkan masa.
  6. Tidak berasa apa - apa bila mendengar ayat dari al-Quran, (cth: Allah memberi amaran mengenai balasan - balasan dan jaminan bagi perbuatan yang baik)
  7. Susah untuk mengingati Allah dan untuk berzikir.
  8. Tidak merasakan bersalah apabila melakukan perkara yang bertentangan dengan syariah.
  9. Mengejar status dan harta kekayaan.
  10. Bersikap tamak dan kedekut, (cth: takut untuk menjadi miskin).
  11. Mengajar orang untuk melakukan kebaikan tetapi dia sendiri mengabaikannya.
  12. Berasa gembira apabila tiada perkara baik berlaku untuk kawan dia.
  13. Hanya mengambil berat perkara yang halal dan haram sahaja, dengan tidak mengabaikan perkara yang makruh.
  14. Memperli mereka yang membuat kebaikan seperti orang yang membersihkan masjid.
  15. Tidak mengambil berat mengenai situasi umat Islam sekarang.
  16. Tidak rasa bertanggungjawab untuk melakukan sesuatu untuk menyebarkan Islam.
  17. Tidak dapat menerima qada dan qadar, seperti menangis dan menjerit - jerit apabila berlaku kematian.
  18. Suka untuk bertikam lidah walaupun tiada bukti untuk menyokong dia.
  19. Menjadi taksub dengan harta dan perkara dunia, merasa geilsah apabila kehilangan sesuatu yang berbentuk harta dunia.
  20. Menjadi bongkak dan berlagak dengan diri sendiri.

Sekian saja tanda - tanda yang boleh kita gunakan untuk menilai tahap keimanan diri kita. Artikel seterusnya insyaAllah kita akan membicarakan cara - cara untuk kita meningkatkan iman kita.

No comments: