Wednesday, 3 August 2011

Bila perlu gunakan ISO Tinggi?

Di dalam camera digital, ISO adalah seperti ASA pada filem. Kelebihan ISO adalah kita boleh menukarnya dan mendapat lebih kecerahan, tidak perlu lagi membeli filem yang lain. Begitulah mudahnya zaman DSLR ini.
Bagaimanapun, menggunakan ISO, perlulah dengan sedikit peringatan. Semakin tinggi ISO yang dipilih, semakin rendah kualiti gambar yang akan diperolehi.
Gambar dengan Noise tinggi akibat penggunaan ISO yang terlalu tinggi
Bagaimanapun, apabila sebuah kemudahan sudah ada dalam kamera kita, janganlah takut menggunakannya bila perlu. Ramai yang mengalami situasi yang mendesak tetapi gagal menggunakan ISO tinggi, akibatkanya gambar yang diperolehi lebih rendah kualitinya akibat gegaran.
Berikut adalah masa-masa anda boleh pertimbangkan menggunakan ISO tinggi.
  • Merakam waktu senja, tanpa tripod. Dan Cahaya tidak cukup terang untuk menggunakan kelajuan lebih tinggi dari 1/60s.  Apabila anda menggunakan kurang dari 1/60s, risiko gegaran tangan lebih tinggi.
  • Apabila menggunakan telefoto lens dan tidak cukup cahaya untuk menggunakan shutter speed pada nombor yang sekurang-kurangnya sama dengan nombor focal length. Sebagai contoh, apabila menggunakan lensa 200mm, sebaiknya gunakan shutter speed 1/200saat untuk mengurangkan risiko kamera bergegar.
  • Apabila merakam subjek yang pantas bergerak, dan cahaya tidak cukup pantas untuk memberikan kita menggunakan shutter speed yang sesuai untuk merakam subjek dengan tajam.
  • Apabila menggunakan flash, dan flash tidak cukup kuat untuk mendapatkan dedahan yang cukup. Samada ambience terlalu gelap mahupun subjek terlalu jauh.
  • Apabila merakam indoor, dan flash tidak dibenarkan kerana mungkin akan mengganggu pencahayaan ambience, sebagai contoh didalam konsert.
  • Apabila anda memerlukan aperture yang kecil untuk mendapatkan Depth of field yang luas, dan dengan memilih aperture kecil akan menyebabkan shutter speed terlalu perlahan

No comments: