terdapat 4 jenis flash yang utama
1. Built In Flash
Built in flash biasanya cuma boleh memancarkan cahaya pada satu arah dan mempunyai kuasa pancaran yang rendah. Built in flash selalu digunakan untuk fill in flash.
2. Hotshoe flash
Kadangkala dipanggil flashgun memberikan kuasa yang lebih tinggi dan memberikan keupayaan liputan yang lebih luas meliputi pelbagai darjah. Kepala flash boleh dipusingkan atau disengetkan untuk mendapat pencahayaan optimum.
3. Hammerhead flash
Portable tetapi flash yang besarr dengan kuasa yang tinggi. Biasanya dipasang kepada kamera melalui braket
4. Ring flash
Unit yang istimewa, direka khas untuk macro fotografi. Kadangkala digunakan juga untuk portrait untuk mendapatkan imej dengan kesan cahaya yang rata dan menarik.
Untuk Nikon, Sekarang dipasaran anda mempunyai 2 pilihan, tiga pilihan utama, iaitu Nikon Sb400, Nikon SB700 dan Nikon SB900. Untuk Canon adalah 270 EX II, 320EX, 430 EX dan 580 EX.
Nikon SB400, Canon 270 EX dan 320 ex sangat limited fungsinya. Saya tidak sarankan anda mendapatkan ini.
Nikon SB700 dan Canon 430 ex adalah satu mid-level flash yang quite ok pada saya. Power bagus, semua fungsi ada. Paling penting boleh pusing kepala dia so anda boleh bounce depan, belakang, side, mana saja anda mahu. Selain itu boleh dijadikan slave untuk Nikon Creative Lighting system atau slave Canon wireless flash system. Harga dalam RM9++.
SB900 dan 580 ex 2 adalah yang terbaik dalam nikon dan canon… sangat powerful… Bagaimanapun bila saya switch to Canon, saya masih prefer SB900 over 580 EX 2. SB900 boleh zoom sehingga 200mm dan itu satu keupayaan yang tinggi dalam event. Harga Dalam RM1500 ke atas.
Macamana dengan third party, nissin atau yungnoe atau metz? cybertik dan sigma?
Most reliable adalah metz, most expensive juga… metz model 58 pada saya, as good as SB9 dan 580ex, kalau bukan lebih baik. Tapi depend pada sapa yang guna.
Cybertik, oh.. susah nak cakap pada saya. Yungnoe, good power, user friendly… ok.. murah.. tak ada masalah. Ada banyak model, nak senang ambil yang ada TTL. Kalau anda banyak guna wireless, yungnoe adalah tambahan yang sangat bernilai dengan harga yang sangat rendah!
Nissin, ok.. good.. Di622 power kurang sikit.. tak boleh zoom manually.. still good lah.. cuma saya prefer sb700 atau canon 430. Nissin di866 is quite good flash. Sekiranya anda nak save 5-6 ratus dari memberi sb900 atau 580, saya akan recommend di866.
Good luck shopping on flash. Dan sekiranya anda nak tahu rahsia sebenar flash, daftarlah kursus lighting saya. Anda akan belajar banyak tricks indoor dan outdoor, wireless flash dan paling penting, mengajar anda bagaimana mengawal CAHAYA.
No comments:
Post a Comment