Salah satu cabang dalam bidang fotografi ialah Macro Photography. Macro Photography ialah berkenaan mengambil gambar sesuatu objek dengan teramat dekat. Definisi secara teknikal ialah mengambil gambar pada nisbah 1:1. Dari segi bahasa pasar pula, orang biasanya akan menyebut mengambil gambar makro.
Lens makro biasanya akan ditanda dengan tanda nisbah 1:1, 1:2 atau 1:5. Lens dengan tanda nisbah 1:1 bermakna gambar yang dihasilkan diatas sensor kamera (sensor 35mm/kamera full frame) adalah bersaiz sama besar dengan saiz sebenar. Pada nisbah 1:2 pula, bermakna gambar yang dihasilkan diatas sensor kamera (sensor 35mm/kamera full frame) adalah bersaiz 1/2 berbanding dengan saiz sebenar, dan begitulah seterusnya.
Lens makro biasanya adalah mahal. Sebagai contoh lens Tamron SP AF 90mm f/2.8 Di Macro Autofocus Lens adalah berharga RM1495.00. Lens Tamron SP AF60mm F2 Di II LD (IF) 1:1 Macro adalah berharga RM1,660.00 dan lens Nikon AF-S VR Micro-Nikkor 105mm f/2.8G IF-ED pula berharga RM2500.00.
Berikut adalah perbezaan antara lens makro:
1. Lebih rendah focal length sesuatu lens, biasanya akan lebih murah lens tersebut.
2. Lebih rendah focal length sesuatu lens, maka lebih kecil dan ringan lens tersebut.
3. Lebih rendah focal length sesuatu lens, maka lebih dekat kita perlu berada dengan subjek untuk mengambil gambar. Sebagai contoh, lens makro dengan focal length 100mm pada jarak lebih kurang 45cm daripada subjek, akan memberikan kadar pembesaran yang sama dengan lens 50mm pada jarak 23cm daripada subjek.
Bagi sesiapa yang tidak mempunyai bajet untuk membeli lens makro, maka pilihan yang lain ialah:
1. Extension Tube
2. Raynox Macro Filter
3. Macro Converter
Dalam tutorial ini, saya akan menulis mengenai Extension Tube dahulu. Raynox Macro Filter dan Macro Converter akan saya tulis dalam tutorial yang lain.
Extension Tube adalah seperti ini:
Extension tube ialah silinder yang berlubang ditengahnya yang perlu dipasang diantara kamera dan lens, menyebabkan lens berada pada kedudukan yang lebih jauh daripada sensor kamera. Jarak yang jauh ini membolehkan lens anda untuk memfokus subjek dengan lebih dekat dan memberikan kebolehan untuk membesarkan gambar.
Extension Tube ini terdiri daripada tiga tube dengan focal length 12mm, 20mm dan 36mm. Tube-tube ini perlu digunakan dengan lens 50mm atau lens 18-55mm (pada focal length 55mm). Tetapi amat disyorkan anda menggunakan lens 50mm. Tube-tube ini boleh digunakan serentak dengan lens 50mm atau boleh digunakan dengan menggabung satu tube dengan 50mm atau dengan dua tube dengan 50mm.
Berikut adalah hasil gambar dengan menggunakan extension tube ini dengan kamera Canon 600D, lens 18-55mm dan Flash Nissin Di622 Mark II:
Gambar makro diambil menggunakan mod manual dan lens 18-55mm dan Macro Extension Tube 18-55mm dan 36mm dan 20mm
Gambar makro diambil menggunakan mod manual dan lens 18-55mm dan Macro Extension Tube 18-55mm dan 36mm dan 20mm dan 12mm
Dengan menggabungkan lens 18-55mm dan 36mm dan 20mm dan 12mm, anda akan dapat kadar pembesaran yang terbesar jika dibandingkan dengan lain-lain gabungan lens 18-55 dan Macro Extension Tube. Tetapi anda perlu berada agak rapat dengan subjek untuk mengambil gambar, lebih kurang 4 inci jaraknya.
Bagi sesiapa yang mempunyai bajet kurang daripada RM600, maka Macro Extension Tube ini amat sesuai untuk mereka kerana harganya adalah lebih kurang RM550. Tetapi jika anda boleh berkompromi dengan barang second hand, maka saya ada satu unit Kenko Macro Extension Tube untuk Canon dengan harga RM350. Klik disini untuk melihat barang tersebut.
No comments:
Post a Comment