Mari saya kongsikan bersama anda apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan konsep takaful itu:
Takaful membawa konsep “Simpanan” dan “Perlindungan” (saling melindungi dan saling menjamin sesama peserta)
Jika anda menyimpan wang di Bank, Tabung Haji mahupun ASB, kita hanya mempunyai simpanan (saving) sahaja.
Jika secara tiba-tiba diri kita ditimpa dengan musibah seerti kemalangan, kematian, dimasukkan ke wad untuk jangka masa yang lama, diri anda atau waris anda hanya akan mendapat jumlah wang yang tersimpan dalam akaun-akaun yang disebutkan tadi mengikut jumlah setakat yang anda simpan selama ini.
Tapi, jika anda mempunyai akaun takaful, sekiranya ditakdirkan berlakunya musibah seperti yang dinyatakan tadi, pihak takaful akan memberi anda sejumlah wang (sebagaimana ditandatangani dalam kontrak).
Biasanya jumlahnya mencapai sehingga puluhan ribu RM yang akan diberi secara lump-sum (sekaligus) kepada peserta yang mengambil polisi takaful tersebut tanpa menjejaskan simpanan mereka dalam akaun takaful tadi walaupun anda baru menyumbang sebanyak sekali sahaja bayar takaful/premium. Anda boleh mendapat ratusan ribu seperti RM100,000 sebagai pampasannya!
Anda boleh lihat, inilah yang dimaksudkan gabungan kedua-dua konsep iaitu menyimpan dan melindungi diri anda serta orang-orang tersayang anda dalam masa yang sama daripada kejadian yang tidak diingini dalam hidup anda.
No comments:
Post a Comment